Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Poster Keselamatan : Near Miss

Imej
Poster Keselamatan : Near Miss

Keselamatan tempat kerja : Safety dilemma

Imej
TOPIK : Keselamatan tempat kerja - Safety dilemma

Video Keselamatan : Idiot in this planet

Belajar dari kesilapan mereka. :) Sekiranya ada masalah dengan video, click saja link ini dan saksikan di You Tube. https://youtu.be/8O9F9PCce8Y Video Nizam Safety

Keselamatan kenderaan : Penjagaan tayar

Imej
TOPIK: Kenapa pentingnya penjagaan tayar pada kenderaan anda? Bunga tayar di reka khusus untuk membantu mengekalkan cengkaman di atas jalan terutamanya ketika hari hujan. Ada ketika, jalan yang kita lalui terdedah kepada tompokan minyak yang akan membuatkan lapisan di atasnya menjadi sangat licin dan merbahaya. Tayar yang lusuh dengan bunga yang sangat minima sangat bahaya untuk di gunakan terutamanya jika terlanggar lopak air atau bahagian jalan yang bertakung kerana hasil  percikan air yang terlalu sedikit meningkatkan kemungkinan untuk kenderaan anda hilang kawalan. Anda boleh mendapatkan alat mengukur kedalaman tayar anda di kedai-kedai aksesori atau di DIY. Ikuti langkah-langkah berikut: Langkah 1: Periksa bahagian bunga tayar yang paling nipis. Langkah 2: Tekan pengukur tayar sedalam yang mungkin. Langkah 3: Letakkan pengukur tayar ke celah celah bunga tayar dan tekan pengukur sedalam mungkin. Langkah 4: Keluarkan pengukur tayar dan dapatkan bacaan ketebalan tayar. ...

Keselamatan tempat kerja : Kenali Fire Extinguisher anda

Imej
TOPIK: Kenali Fire Extinguisher anda Dalam kebanyakan situasi, pemadam api adalah benteng pertahanan pertama dalam mengawal api yang merebak. Pemadam api mampu menyelamatkan nyawa dan mampu mengelakkan kerosakan harta benda besar apabila berlakunya kebakaran. Lakukan pemeriksaan tarikh luput dan bacaan tekanan pada pemadam api anda setiap hari. Jika ditempat kerja, laporkan kepada penyelia lebih awal jika pemadam api anda menghampiri tarikh luput. Periksa jarum bacaan tekanan – tukar dengan unit baru jika jarum berada pada zon merah. Jangan sesekali sentiasa menganggap pemadam api anda adalah di dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Keselamatan rumah : Kunci pendua

Imej
TOPIK: Penyangkut kunci pendua di rumah Tahukah anda bahawa apabila kebakaran atau kecemasan berlaku, anda akan diiringi dengan rasa panik walau sehebat mana pun anda. Perasaan panik ini juga bergantung kepada individu. Ada yang sekejap sebelum ianya berjaya di atasi. Ada juga yang memakan masa yang agak lama malah ada yang kritikal sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Justeru itu, salah satu tips menyelamatkan diri dan persediaan penting yang perlu dilakukan di setiap rumah adalah dengan meletakkan penyangkut beserta kunci pendua berhampiran pintu. Nampak mudah tetapi inilah antara perkara penting dan sangat efektif ketika proses menyelamatkan diri untuk keluar dari tempat kecemasan. Ini kerana pada waktu-waktu kecemasan tidak kira apa jua situasi, MASA adalah penentu keadaan. Kajian menunjukkan korban kebakaran adalah terdiri dari mereka yang terperangkap di dalam bangunan / rumah kerana halangan pintu atau grill yang tidak mampu mereka buka. Jangan lupa bahawa s...

Keselamatan kenderaan : Reverse parking

Imej
TOPIK:  Kenapa perlunya anda menga malkan parking secara mengundur (reverse parking) Fitrah kejadian manusia adalah kita tidak selalu berada pada tahap optimum atau sentiasa bersedia pada setiap masa. Ada ketika jalan yang kita lalui pada setiap hari pun boleh terlepas simpang dan kita terpaksa berpatah balik atau menggunakan jalan yang lain. Ini adalah kerana kadang-kadang minda kita terlalu fokus pada sesuatu yang kita fikir. Di tambah lagi sekiranya kita berada pada situasi celaru seperti lambat pergi kerja, masalah keluarga, masalah tempat kerja atau lain-lain pemikiran yang pada ketika itu mendahului lebih dari apa yang sepatutnya kita tumpukan. Kelebihan parking secara mengundur banyak di praktiskan oleh syarikat-syarikat besar. Antara tujuan utamanya adalah ketika berlaku kecemasan. Pada ketika ini, fokus setiap pemandu hanyalah keluar. Berbeza jika kenderaan yang tidak parking secara mengundur, pemandu tersebut akan mengakibatkan kecelaruan trafik kerana beliau ...

Keselamatan kenderaan: Loose items

Imej
TOPIK: KESELAMATAN KENDERAAN LOOSE ITEMS 'Loose items' di kawasan kaki pemandu adalah umpama bom jangka yang hanya menunggu masa untuk berlaku kemalangan. Apa itu 'Loose items'? Ianya adalah barang kepunyaan pemandu yang berada dikawasan kaki pemandu seperti selipar, kasut, botol mineral atau barang2 lain. 'Loose items' juga boleh terhasil tanpa sengaja apabila barang jatuh dari tempat duduk atau dari sisi pemandu hasil dari brek mengejut. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang mempunyai habit suka membuka kasut dan memandu dengan cara berkaki ayam juga adalah sangat bahaya. Bahaya yang bakal berlaku adalah ianya mampu memasuki bawah pedal brek dan pemandu akan kehilangan 100% kawalan untuk menghentikan kenderaan. Walaupun nampak kecil, namun demi keselamatan anda dan penumpang, sentiasa pastikan kawasan kaki pemandu bebas dari barangan 'Loose items' ini.

Keselamatan kenderaan : Perkara yang perlu anda elak semasa mengisi minyak kenderaan.

Imej
Antara perkara yang ramai dari kita tahu dan kerap viral di laman sosial tetapi masih melakukannya adalah tidak mematikan enjin semasa proses pengisian minyak dan masih menggunakan telefon bimbit. Anda harus sedar bahawa tabiat ini adalah sangat bahaya dan mengundang kebakaran kepada kenderaan anda. Namun, ada satu lagi sikap yang mana mungkin tidak ramai yang sedar dan boleh menjadi punca kebakaran adal ah pada saat mengakhiri proses pengisian minyak itu. Jika anda perasan, terdapat pemandu yang sebelum memulangkan semula nozzle ke tempat asalnya, mereka akan mengetuk-ngetuk nozzle tersebut untuk memastikan minyak-minyak terakhir akan masuk supaya setimpal dengan apa yang mereka bayar. Ketahuilah bahawa ini adalah sikap atau perkara yang WAJIB untuk kita semua elakkan. Titisan terakhir hanya bernilai beberapa sen berbanding nilai kenderaan anda. Sedarkah anda bahawa dengan mengetuk nozzle sebegitu, besi bertemu besi boleh menghasilkan percikan api. Di tambah lagi dengan baha...

Salam perkenalan dari saya Nizam Safety

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam perkenalan kepada semua. Ini adalah blog pertama saya dan secara jujur dan dengan rendah diri saya mengakui yang saya tidaklah sehebat nama-nama besar di luar sana. Masih banyak yang saya juga perlu pelajari dari mereka. Ini kerana ilmu itu tidak pernah habis dan amat rugi jika kita tidak mempelajarinya. Namun walaupun tidak sempurna, tidak salah rasanya jika saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik yang mungkin melihat bidang safety sebagai kerjaya masa depan dan juga dengan mereka yang memang sudah berada didalam bidang ini. Malah mungkin juga catatan di sini dapat memberikan sesuatu kepada ketua-ketua diluar sana membantu anak buah mereka melihat sesuatu yang lain melalui perspektif yang baru. Saya katakan demikian kerana saya juga melalui kesukaran yang sama suatu masa dahulu. Justeru itu saya kongsikan serba sedikit pengalaman selama 13 tahun didalam bidang operasi, 7 tahun bergelumang sebagai SHO dan ha...