Keselamatan kenderaan : Reverse parking
TOPIK: Kenapa perlunya anda menga
malkan parking secara mengundur (reverse parking)
Fitrah kejadian manusia adalah kita tidak selalu berada pada tahap optimum atau sentiasa bersedia pada setiap masa. Ada ketika jalan yang kita lalui pada setiap hari pun boleh terlepas simpang dan kita terpaksa berpatah balik atau menggunakan jalan yang lain.
Ini adalah kerana kadang-kadang minda kita terlalu fokus pada sesuatu yang kita fikir. Di tambah lagi sekiranya kita berada pada situasi celaru seperti lambat pergi kerja, masalah keluarga, masalah tempat kerja atau lain-lain pemikiran yang pada ketika itu mendahului lebih dari apa yang sepatutnya kita tumpukan.
Kelebihan parking secara mengundur banyak di praktiskan oleh syarikat-syarikat besar. Antara tujuan utamanya adalah ketika berlaku kecemasan. Pada ketika ini, fokus setiap pemandu hanyalah keluar. Berbeza jika kenderaan yang tidak parking secara mengundur, pemandu tersebut akan mengakibatkan kecelaruan trafik kerana beliau perlu mengundur, membuat separuh pusingan dan keluar. Harus di ingat iaitu pada ketika berlaku kecemasan, anda tidak mampu berharap kepada sikap bertolak ansur pemandu-pemandu lain kerana fokus setiap dari mereka pada ketika ini hanya satu iaitu keluar dari tempat kejadian secepat mungkin!!..
Dua kemungkinan yang bakal terjadi adalah anda mungkin tidak dapat keluar langsung atau anda akan menjadi punca perlanggaran yang melibatkan banyak kenderaan lain.
Bagi mereka yang tinggal di rumah bawah seperti teres, banglo, Semi-D, rumah kampung atau yang seangkatan dengannya, parking secara mengundur tidak banyak beza dengan matlamat sama seperti syarikat-syarikat di atas iaitu sewaktu kecemasan.
Namun, ada satu perkara yang jarang kita berikan perhatian tentang kebaikan parking secara mengundur ini adalah pengajaran dari berita atau kisah ibu/bapa/saudara/jiran yang tanpa sengaja melanggar atau menggilis kanak-kanak. Walaupun kenderaan dibekalkan dengan cermin sisi dan cermin pandang belakang, namun ianya tidak mampu memberi fokus pada bahagian bawah bonet belakang. Kecuali jika kenderaan anda memang di bekalkan dengan reverse camera.
Justeru itu mengapa masih mahu mengambil risiko jika anda mengambil kira faktor sewaktu kecemasan. Ketahuilah bahawa tiada seorang bapa atau ibu pun yang mampu menahan air mata sekiranya perkara yang dinyatakan berlaku kepada diri mereka.
Bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan parking secara mengundur kerana ini adalah amalan yang tidak merugikan langsung malah bermanafaat kepada anda dan orang tersayang.

Ulasan
Catat Ulasan