Keselamatan kenderaan : Penjagaan tayar
TOPIK: Kenapa pentingnya penjagaan tayar pada kenderaan anda?
Bunga tayar di reka khusus untuk membantu mengekalkan cengkaman di atas jalan terutamanya ketika hari hujan. Ada ketika, jalan yang kita lalui terdedah kepada tompokan minyak yang akan membuatkan lapisan di atasnya menjadi sangat licin dan merbahaya.
Tayar yang lusuh dengan bunga yang sangat minima sangat bahaya untuk di gunakan terutamanya jika terlanggar lopak air atau bahagian jalan yang bertakung kerana hasil percikan air yang terlalu sedikit meningkatkan kemungkinan untuk kenderaan anda hilang kawalan.
Anda boleh mendapatkan alat mengukur kedalaman tayar anda di kedai-kedai aksesori atau di DIY.
Ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Periksa bahagian bunga tayar yang paling nipis.
Langkah 2: Tekan pengukur tayar sedalam yang mungkin.
Langkah 3: Letakkan pengukur tayar ke celah celah bunga tayar dan tekan pengukur sedalam mungkin.
Langkah 4: Keluarkan pengukur tayar dan dapatkan bacaan ketebalan tayar.
Langkah 5: Ukur ketebalan bunga dalam dan luar tayar anda. Ulang langkah-langkah diatas untuk kesemua tayar.

# Bacaan terbaik adalah subjektif dan terpulang kepada individu. Cuma bagi pendapat dan pengalaman kebanyakan expert adalah:
3mm ke atas – Tayar anda berkeadaan sangat baik
2mm – Tayar anda berkeadaan baik
1mm – Tayar anda perlu selalu diperiksa dan ditukar pada bila-bila masa.
Bawah 1mm – Tayar anda berisiko tinggi dan mesti ditukar.

Semoga tips ini dapat membantu dan menambah sedikit sebanyak pengetahuan anda tentang penjagaan kenderaan.
Ulasan
Catat Ulasan