Salam perkenalan dari saya Nizam Safety
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perkenalan kepada semua. Ini adalah blog pertama saya dan secara jujur dan dengan rendah diri saya mengakui yang saya tidaklah sehebat nama-nama besar di luar sana.
Masih banyak yang saya juga perlu pelajari dari mereka. Ini kerana ilmu itu tidak pernah habis dan amat rugi jika kita tidak mempelajarinya.
Namun walaupun tidak sempurna, tidak salah rasanya jika saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik yang mungkin melihat bidang safety sebagai kerjaya masa depan dan juga dengan mereka yang memang sudah berada didalam bidang ini. Malah mungkin juga catatan di sini dapat memberikan sesuatu kepada ketua-ketua diluar sana membantu anak buah mereka melihat sesuatu yang lain melalui perspektif yang baru.
Saya katakan demikian kerana saya juga melalui kesukaran yang sama suatu masa dahulu. Justeru itu saya kongsikan serba sedikit pengalaman selama 13 tahun didalam bidang operasi, 7 tahun bergelumang sebagai SHO dan hampir 3 tahun kebelakangan ini sebagai Country Safety Manager & Compliance di salah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Australia. Sepanjang tempoh 3 tahun ini, saya amat bertuah kerana dibantu oleh team saya yang hebat dengan pencapaian 2 kali CICM (Chemical Industry Council Malaysia) safety award, berjaya memperolehi sijil ISO 9001:2015 dan juga safety award peringkat kebangsaan 2017 kategori pengangkutan.
Inti pati maklumat perkongsian yang bakal saya kongsikan nanti merangkumi aspek-aspek keselamatan dan kesihatan di rumah, tempat kerja, rutin seharian, kenderaan dan tips-tips serta petua yang akan saya dapatkan hasil dari pengalaman saya sendiri dan juga sumber-sumber dari mereka yang pakar di luar sana.
Saya amat mengharapkan mereka yang berpengalaman dan lebih arif pada sesuatu bidang akan berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada untuk membantu kita semua.
Tidak lupa juga kisah-kisah atau catatan dari pengalaman saya sendiri yang mungkin boleh di jadikan renungan dan iktibar sebagai pengajaran dan tauladan bersama.
Semoga sedikit panduan dan pengetahuan itu mampu memberi manafaat dan menarik minat semua golongan untuk menjadikan keselamatan dan kesihatan sebagai satu budaya.
Anda boleh juga melihat video2 saya di youtube. Boleh digunakan sebagai material sewaktu presentation atau panduan untuk diri sendiri.Taip saja Nizam Safety..
"Greatness is not what you have.. But what you can give.."
Salam perkenalan kepada semua. Ini adalah blog pertama saya dan secara jujur dan dengan rendah diri saya mengakui yang saya tidaklah sehebat nama-nama besar di luar sana.
Masih banyak yang saya juga perlu pelajari dari mereka. Ini kerana ilmu itu tidak pernah habis dan amat rugi jika kita tidak mempelajarinya.
Namun walaupun tidak sempurna, tidak salah rasanya jika saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dengan adik-adik yang mungkin melihat bidang safety sebagai kerjaya masa depan dan juga dengan mereka yang memang sudah berada didalam bidang ini. Malah mungkin juga catatan di sini dapat memberikan sesuatu kepada ketua-ketua diluar sana membantu anak buah mereka melihat sesuatu yang lain melalui perspektif yang baru.
Saya katakan demikian kerana saya juga melalui kesukaran yang sama suatu masa dahulu. Justeru itu saya kongsikan serba sedikit pengalaman selama 13 tahun didalam bidang operasi, 7 tahun bergelumang sebagai SHO dan hampir 3 tahun kebelakangan ini sebagai Country Safety Manager & Compliance di salah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Australia. Sepanjang tempoh 3 tahun ini, saya amat bertuah kerana dibantu oleh team saya yang hebat dengan pencapaian 2 kali CICM (Chemical Industry Council Malaysia) safety award, berjaya memperolehi sijil ISO 9001:2015 dan juga safety award peringkat kebangsaan 2017 kategori pengangkutan.
Saya amat mengharapkan mereka yang berpengalaman dan lebih arif pada sesuatu bidang akan berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada untuk membantu kita semua.
Tidak lupa juga kisah-kisah atau catatan dari pengalaman saya sendiri yang mungkin boleh di jadikan renungan dan iktibar sebagai pengajaran dan tauladan bersama.
Semoga sedikit panduan dan pengetahuan itu mampu memberi manafaat dan menarik minat semua golongan untuk menjadikan keselamatan dan kesihatan sebagai satu budaya.
Anda boleh juga melihat video2 saya di youtube. Boleh digunakan sebagai material sewaktu presentation atau panduan untuk diri sendiri.Taip saja Nizam Safety..
"Greatness is not what you have.. But what you can give.."
Ulasan
Catat Ulasan