Keselamatan kenderaan : Perkara yang perlu anda elak semasa mengisi minyak kenderaan.

Antara perkara yang ramai dari kita tahu dan kerap viral di laman sosial tetapi masih melakukannya adalah tidak mematikan enjin semasa proses pengisian minyak dan masih menggunakan telefon bimbit. Anda harus sedar bahawa tabiat ini adalah sangat bahaya dan mengundang kebakaran kepada kenderaan anda.
Namun, ada satu lagi sikap yang mana mungkin tidak ramai yang sedar dan boleh menjadi punca kebakaran adalah pada saat mengakhiri proses pengisian minyak itu.
Jika anda perasan, terdapat pemandu yang sebelum memulangkan semula nozzle ke tempat asalnya, mereka akan mengetuk-ngetuk nozzle tersebut untuk memastikan minyak-minyak terakhir akan masuk supaya setimpal dengan apa yang mereka bayar.
Ketahuilah bahawa ini adalah sikap atau perkara yang WAJIB untuk kita semua elakkan. Titisan terakhir hanya bernilai beberapa sen berbanding nilai kenderaan anda.
Sedarkah anda bahawa dengan mengetuk nozzle sebegitu, besi bertemu besi boleh menghasilkan percikan api. Di tambah lagi dengan bahan mudah bakar seperti minyak, tiada apa yang mampu menghalang kebakaran dan kemusnahan besar sekiranya ia terjadi.

Jadi, mulai dari sekarang untuk berhenti dari melakukannya dan berkongsi maklumat ini dengan orang lain. Jika anda terlihat berlaku di hadapan mata anda, berilah nasihat dan hentikan serta merta kerana mereka tidak tahu apa yang dipertaruhkan. Secara tidak langsung, anda telah menyelamatkan nyawa mereka dan nyawa anda sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips keselamatan : Bagaimana menggunakan Fire Extinguisher

Keselamatan kenderaan : Penjagaan tayar