Keselamatan rumah : Kunci pendua
TOPIK: Penyangkut kunci pendua di rumah
Tahukah anda bahawa apabila kebakaran atau kecemasan berlaku, anda akan diiringi dengan rasa panik walau sehebat mana pun anda.
Perasaan panik ini juga bergantung kepada individu. Ada yang sekejap sebelum ianya berjaya di atasi. Ada juga yang memakan masa yang agak lama malah ada yang kritikal sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Justeru itu, salah satu tips menyelamatkan diri dan persediaan penting yang perlu dilakukan di setiap rumah adalah dengan meletakkan penyangkut beserta kunci pendua berhampiran pintu.
Nampak mudah tetapi inilah antara perkara penting dan sangat efektif ketika proses menyelamatkan diri untuk keluar dari tempat kecemasan. Ini kerana pada waktu-waktu kecemasan tidak kira apa jua situasi, MASA adalah penentu keadaan.
Kajian menunjukkan korban kebakaran adalah terdiri dari mereka yang terperangkap di dalam bangunan / rumah kerana halangan pintu atau grill yang tidak mampu mereka buka. Jangan lupa bahawa selain api, asap juga adalah pembunuh utama. Terdapat banyak kes seumpama ini yang berlaku baik di dalam atau di luar negara.
Letakkanlah penyangkut dan gantung kunci pendua di situ sebagai persediaan. INGAT!!.. Kunci pendua tidak boleh dibawa kemana-mana walau apa jua keadaan dan perlu berada disitu pada setiap masa. Jika anda perlu membuat salinan kunci lain kerana kunci utama anda hilang, letakkan satu lampiran kertas atau apa jua tanda peringatan pada penyangkut tersebut. Ini bertujuan mengingatkan anda setiap masa untuk memastikan dan mengembalikan semula kunci pendua supaya kekal disitu.
Layari FB Pengilat SUPER DOCT untuk tips keselamatan kenderaan, keselamatan di rumah dan tempat kerja untuk informasi yang mungkin sedikit sebanyak membantu menambah pengetahuan dan mungkin menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.
Ulasan
Catat Ulasan